Tuesday, June 22, 2010

Pindah ofis

KAMI TELAH BERPINDAH KE DATARAN SELAYANG















Wednesday, April 8, 2009

Profile Syarikat 1




Latar Belakang Syarikat

JURUKUR KEMBARA adalah sebuah firma Perunding Ukur Tanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Firma ini ditubuhkan pada 14 Ogos 1998 iaitu setelah Haji Wan Deraman bin Zakaria diperakui dan didaftarkan sebagai seorang Juruukur Tanah Yang Dilesenkan Dibawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Disemak 1991).

Dari segi perjalanan dan pengurusan, firma ini adalah lanjutan daripada aktiviti firma ukur Abdullah Taha & Rakan Rakan yang diuruskan oleh Haji Wan Deraman selama enam (6) tahun sebelum tertubuhnya JURUKUR KEMBARA.

JURUKUR KEMBARA adalah sebuah organisasi perunding swasta dalam bidang ukur yang berupaya memberi perkhidmatan yang efisyen dan berkualiti selaras dengan kehendak pelanggan. Firma ini dilengkapi dengan peralatan yang lengkap dan terkini bagi melicinkan kerja pengukuran dilapangan mahu pun di pejabat. Dengan peralatan yang mencukupi serta kakitangan yang berpengalaman luas, beribawa dan dedikasi, kami bersedia menerima sebarang tawaran kerja dalam skop perkhidmatan kami dan akan melaksanakannya mengikut etika profesionalisma yang ditetapkan.

Selaras dengan perkembangan pembangunan negara yang menyeluruh di setiap negeri sekarang, JURUKUR KEMBARA telah menubuhkan sebuah cawangan bagi mengurus dan mengendalikan segala operasi dalam perkhidmatan ukur tanah di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Kenyataan Korporat Firma

Menjadikan sebuah firma Ukur dan Pemetaan yang unggul bagi memberi perkhidmatan secara profesional yang berkualiti dan dapat memenuhi kehendak pelanggan :

Ø Menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan mahir, beretika, bertanggungjawab serta berkeupayaan untuk bertindak secara profesional mengikut keadaan semasa.

Ø Memastikan keperluan prasarana operasi firma sentiasa mencukupi, unggul dan memenuhi keperluan semasa selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat yang sentiasa berubah mengikut aliran masa.


Objektif

Perkhidmatan kami adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan orang perseorangan dalam memaksimakan penggunaan tanah bagi tujuan pemabangunan semula untuk perumahan, perindustrian, pertanian, perlombongan dan sebagainya bersesuaian dengan kategori tanah tersebut.


Perkhidmatan Yang Disediakan

JURUKUR KEMBARA bersedia untuk menawarkan perkhidmatan professional di dalam bidang-bidang berikut :

Kadaster

Ukuran berkaitan aktiviti pengeluaran suratan hakmilik tanah seperti Geran Mukim, Geran Negeri, Pajakan Mukim Negeri dan sebagainya untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan cantuman untuk tanah-tanah milik perseorangan, projek perumahan, kawasan perindustrian, agensi kerajaan dan pihak swasta. Aktiviti ini juga meliputi kerja-kerja ukuran berimilik tanah kerajaan (First Alienation), ukuran kawasan untuk tujuan perindustrian, perumahan, perlombongan dan pertanian serta ukuran kawasan untuk tujuan pewartaan (Gazett)

Hakmilik Strata

Aktiviti pengukuran khusus untuk pengeluaran suratan hakmilik bangunan atau petak-petak bangunan dan eksesori rumah kediaman dan perniagaan bertingkat kepada pemilik individu, syarikat atau pemaju perumahan atau agensi perumahan kerajaan.

Topografi

Perkhidmatan ukuran bertujuan untuk mendapatkan gambaran bentuk rupabumi bagi sesuatu kawasan dalam bentuk kontor atau ‘spot level’ serta maklumat terkini butiran seperti kedudukan bangunan, jalan, sungai, parit, longkang dan sebagainya. Kepentingan ukuran ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembangunan tanah atau pembinaan seperti mengira kuantiti tanah untuk tujuan ‘cut’ and ‘fill’ dan sebagainya.

Perlombongan

Pengukuran bagi tujuan aktiviti perlombongan seperti menentukan kedudukan kawasan yang dijangka mengandungi bijih atau sebagainya. Juga meliputi pembinaan terowong bagi tujuan perlombongan.

Kejuruteraan

Aktiviti pengukuran untuk menentukan kedudukan bagi kerja-kerja kejuruteraan merangkumi ukuran laluan paip baru atau sedia ada laluan ‘transmission line’ baru atau yang sedia ada, pembinaan lebuhraya, jambatan, empangan, tangki air dan sebagainya. Juga melibatkan pengukuran ‘setting-out’ untuk menentukan kedudukan bangunan yang akan dibina termasuk ‘piling point’ dan ‘as-built’.

‘Hidrografi dan Oceanic’

Pengukuran untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan laut atau sungai seperti topografi dasar laut, kedalaman dan kemasinan air, kedudukan sesuatu objek, pengeluaran ‘chart’ untuk kegunaan perkapalan dan maritim, pencarian sumber gas asli, laluan kabel dan paip air, jadual pasang surut air laut dan untuk pembinaan dan memperdalamkan kawasan pelabuhan.

‘Photogrammetric and Remote Sensing’

Aktiviti pengukuran gambar foto udara yang dapat memberi maklumat yang sebenar dan jelas dengan bentuk muka bumi dan ketinggiannya bagi kawasan yang luas dalam masa yang singkat. Pengukuran ‘Remote Sensing’ digunakan untuk mengetahui keadaan dalaman bawah tanah dengan menggunakan teknologi satelit dan komputer. Ia bertujuan untuk menerbitkan maklumat dalam bentuk peta bagi kegunaan penyelidikan bagi aktiviti perikanan, pertanian (pengurusan sumber), perlombongan, pemeliharaan alam sekitar, perancangan strategik dan sebagainya.

‘Global Positioning System’

Pengukuran yang menggunakan kecanggihan teknologi satelit untuk menentukan kedudukan sesuatu objek secara kordinat berserta ketinggiannya (x,y,z). Penggunaan kaedah ini boleh dilakukan dalam sebarang keadaan cuaca. Kaedah ini digunakan dalam bidang perhutanan, aktiviti perlombongan, kadaster, pengangkutan dan sebagainya.

‘Monitoring Surveying’

Kaedah pengukuran bagi menentukan dan mengetahui perubahan kedudukan sesuatu objek daripada kedudukan asalnya (perubahan arah relatif X dan Y) seperti bangunan bertingkat, menara, empangan, lebuhraya, jambatan dan sebagainya. Ianya dilakukan dari masa ke semasa dalam jangka waktu yang ditetapkan (bulanan atau tahunan) untuk mengetahui perbezaan kedudukannya. Makalumat yang diperolehi adalah penting untuk tindakan membaikpulih atau sebagai amaran keselamatan.

Staf Jurukur Kembara

JURUKUR KEMBARA terdiri daripada staf-staf yang berkelayakan serta mempunyai pengalaman kerja yang cemerlang. Organisasi JURUKUR KEMBARA terdiri daripada Staf Profesional, Staf Separa Profesional serta Staf Sokongan.

JURUKUR KEMBARA



Sr. WAN DERAMAN BIN ZAKARIA (haji)
M.Sc.(LAD) UTM, B.Sc.Surveying & Mapping Sciences (London)
Dip.Surv. (ITM), MIS(M), MAALS
Surveyor Licensed Under Ordinance No. 11 of 1958 (Revised 1991)


SENARAI STAFF JURUKUR KEMBARA PROFESIONAL


Sr. MOHAMMAD IZHAM BIN MOHD ISA
B. Sc. Surveying & Mapping Sciences (London)
RMN/ISM/IHO/CHS Hydrography Cat A (UTM), MISM.
(Articled Pupil 2008)



Sr. MARDYANA BT. ABDUL HALIM
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik (Kepujian)
UiTM Shah Alam, Selangor.
(Articled Pupil 17/07/2009)


Staf Separa Profesional


WAN ADIBAH WAN DERAMAN
Kelulusan : Ijazah "Hnd In Architecture Construction & Design"
Jawatan : Pengurus (Pentadbiran & Kewangan)


ENCIK ARIF SAIFUDDIN BIN SALLEH
Kelulusan : Diploma Ukur Tanah Politeknik, Kuantan
Jawatan : Penolong Pengurus (Pentadbiran & Kewangan)


CIK RAHIDAH BINTI HASSAN
Kelulusan : Diploma Pentadbiran (Sistem Maklumat)
Jawatan : Pembantu Tadbir & Kewangan



ENCIK ABDUL AZIS BIN HASSAN
Kelulusan : SPM & Sijil Ukur Lembaga Jurukur Tanah - 2007
Jawatan : Pelukis Pelan 1


ENCIK CHE ADNAN CHE MAHMUD
Kelulusan : SPM & Sijil Ukur Lembaga Jurukur Tanah - 2008
Jawatan : Pelukis Pelan 2

Pengukur (Surveyor)
PASUKAN (Team) 1

ENCIK CHE DAUD BIN DERAMAN
Kelulusan : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Jawatan : Pegawai Kerja Luar 1 (Surveyor)


Mohd Zulamin Abdullah


Mohd Shafis Abdul Manan


Elias Ahmad

PASUKAN (Team) 2

ENCIK CHE SAIDI BIN CHE SALLEH
Kelulusan : STPM & Sijil Ukur Lembaga Jurukur Tanah - 1994
Jawatan : Pegawai Kerjaluar 2 (Surveyor)


Mohd Nazri Che Hamid


Haris Hamid

PASUKAN (Team) 3

ENCIK MOHD RUSLAN BIN MAT YASSIN
Kelulusan : Sijil pelajaran Malaysia
Jawatan : Pegawai Kerja Luar 3 (Surveyor)




Mahadi Abdullah


Nor Hisanmudin Mat Rifin

Pelan Pelan Yang Telah Siap

Pelan Topo Di Tepi dan Dalam Tasik



Pelan Jajaran Dan Tapak Untuk Tapak Cadangan Stesen Minyak




Pelan Aras Serta Butiran Di Kawasan Akademi Seni Negara



Pelan Strata



Pelan Topo Dan Kontor Untuk Cadangan Pecah Lot



Pelan Jajaran Untuk Kerja Kerja JKR


Pelan Akui

Monday, April 6, 2009

Tempat Operasi Jurukur Kembara

Gambar Ofis Di Kuala Lumpur

Meja Pelukis Pelan 1





Ploter Yang Terbaru



Meja Pelukis Pelan 2 & 3


Tempat Prin Pelan



Mesin Fotostat Lama Tapi Masih boleh diguna pakai



Meja Kerani Syarikat








Bilik Pengurus 1



Bilik Pengurus 2


Ploter Lama


Tempat Simpanan File


Didalam Bilik Pengurus 1